KELEBIHAN MEMAKAI MINYAK WANGI

KELEBIHAN MEMAKAI MINYAK WANGI

Minyak wangi dan deodoran menjadi popular bukan kerana hanya dapat membantu melawan bau badan sahaja, malah ianya juga meningkatkan semangat. 


Tetapi, tahukah anda minyak wangi yang mempunyai beberapa kebaikan yang lain juga? Ia boleh membantu anda mengatasi tekanan dan mengubati insomnia juga! Nak tahu lebih lanjut? Cuba baca sepuluh kelebihan minyak wangi di bawah:


Dapatkan minyak wangi terbaik kami Dunhill Desire Blue EDP  - KLIK SINI


KELEBIHAN MEMAKAI MINYAK WANGI:

  • MEWANGIKAN TUBUH BADAN
  • MENINGKATKAN MOOD MENGIKUT SUASANA
  • MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI
  • MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN
  • MENGUATKAN INGATAN
  • MERAWAT INSOMNIA
  • KESAN EMOSI
  • KEINTIMAN SUAMI ISTERI
  • MENGIMBAU MEMORI


1)MEWANGIKAN TUBUH BADAN

Sudah jelas yang parfum telah digunakan secara dahulu lagi untuk mewangikan kita. Ia juga membantu mencegah bau badan yang tidak diingini dan memastikan kita wangi sepanjang hari.


2)MENINGKATKAN MOOD MENGIKUT SUASANA

Salah satu kelebihan yang utama memakai parfum ialah meningkatkan mood. Perfume membantu meningkatkan semangat kita. Anda juga boleh memakai parfum yang mencerminkan mood anda seharian. Tidak kira sama ada sedih, nakal, malu, minyak wangi menawarkan pelbagai jenis bau untuk suasana yang berbeza. Pilih dan pakai minyak wangi pada perayaan tertentu juga boleh mendapatkan suasana yang sesuai untuknya.


3)MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Sama seperti gaun cantik, minyak wangi yang bagus dapat meningkatkan keyakinan dan memastikan kita melalui hari tanpa risaukan masalah bau badan. Pilih aroma yang sesuai dengan personaliti serta yang boleh meningkatkan keyakinan kita.


4)TAMPAK MENARIK

Deria bau adalah salah satu deria yang paling penting daripada lima pancaindera. Kadang-kadang, seseorang hanya boleh tertarik hanya dengan bau wangian yang dipakai. Minyak wangi juga kaya dengan feromon serta membuatkan seseorang nampak menarik.


5)MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN

Tiada bukti saintifik bagi membuktikan keberkesanan parfum terhadap kesihatan. Walau bagaimanapun, parfum membantu meningkatkan mood, yang boleh mengawal stres dan tekanan. Anda boleh menggunakan wangian kegemaran untuk mengatasi kebimbangan dan meningkatkan semangat.


6)MENGUATKAN INGATAN

Minyak wangi juga boleh menjadi faktor penting dalam menngenangkan memori yang indah. Wangian setiap orang adalah berbeza mengikut mood dan personaliti. Ramai wanita yang memakai wangian yang sama dengan ibu mereka untuk menghidupkan kenangan lalu bersama ibu.

Cuba beli minyak wangi baru setiap kali mengembara. Parfum yang berbeza akan mengingatkan kita tentang setiap percutian dan membantu menghidupkan kembali kenangan di masa lalu.


7)MERAWAT INSOMNIA

Satu lagi kesan terapeutik minyak wangi ialah ia membantu untuk tidur lebih baik pada waktu malam. Minyak wangi, yang mengandungi minyak pati, boleh membantu kita berehat dan menikmati tidur yang nyenyak pada waktu malam.



8)KESAN EMOSI

Bau lebih memberi kesan emosi kepada seseorang. Penulis pernah melihat seorang kawan yang membawa baju anaknya semasa kursus kerana bau badan anaknya yang melekat pada baju itu boleh membantu mengurangkan rasa rindu kepada anaknya. Sweet kan? Dalam hal ini, apabila anda memakai minyak wangi yang sama sepanjang masa, orang akan mudah untuk mengingati anda apabila mereka terbau minyak wangi yang sama dengan yang anda pakai


9)KEINTIMAN SUAMI ISTERI

Point yang ini hanya untuk mereka yang sudah berkahwin saja tau. Kalian boleh menggunakan minyak wangi untuk meningkatkan hormon seksual. Di rumah pun boleh sentiasa wangi untuk orang yang tersayang.

Aroma mengasyikkan boleh mencipta kebahagiaan suami isteri.

Jadi, kalian boleh cuba buat pilihan perfume tertentu untuk sentiasa mewujudkan sifat kasih sayang di rumah. Usahlah kalian sembur perfume waktu nak keluar rumah saja tau. Inilah rahsia kebahagiaan alam rumah tangga. Haha.


10) MENGIMBAU MEMORI

Aroma sangat berperanan dalam mencipta kenangan. Setiap badan akan menghasilkan bau tersendiri dan perfume yang digunakan juga boleh membezakan setiap personaliti. Masakan tidak seseorang itu mampu rindukan bauan yang dipakai oleh pasangan.

Setuju tak dengan statement ni? Confirm naik thumbs up kan! Hihi.

Selain itu, terdapat sebahagian wanita yang memakai minyak wangi yang sama dengan ibu mereka. Ia bertujuan untuk menghidupkan kenangan lalu bersama ibu. Itulah sentimental value yang ada.

Related products